Selamat Pengantin Baru Serina Redzuawan!

Serina Redzuawan, 26, menamatkan zaman daranya bersama jejaka london, Salahuddin Ghaffar (Gavin Edward O’luanaigh), 33. Mereka selamat diijabkabul sebagai suami isteri di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Malaysia semalam tepat jam 11.30 pagi.

Selain mas kahwin sebanyak RM1,000, Serina yang lahir pada 1hb Jun 1983 dihadiahkan telekung, al-Quran/ tasbih, set mekap, cek wang hantaran RM30,000, pakaian, beg tangan, gelang, kek dan sirih junjung. Gavin pula menerima senaskhah al-Quran, cincin platinum, tali leher/ kafling, kemeja, jam tangan, dompet/ tali pinggang, telefon bimbit Blackberry, set wangian dan kek sebagai balas.

Majlis perkahwinan mereka akan ditayangkan keseluruh dunia pada bulan februari ini di saluran Astro Asian Food Channel (saluran 703). Tujuan tayangan ini ialah untuk mempromosikan negara Malaysia kepada seluruh dunia. (Jangan haraplah nanti dapat pangkat Dato’!)

Tahniah Serina!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *