Surat Berantai – Apa Hukum mempercayai?

Soalan 1

Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita
bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan
kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan
kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di
dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir
surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada
orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2 minggu.
Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat.
Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk.
Apakah hukumnya mempercayai surat ini?

Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat etapi kini ia
diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat memberikan
jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada
rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat
itu.Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini
mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi
pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida’, Rasulullah
s.a.w telah bersabda “Telah sempurna bagimu agamamu” yang membawa maksud
bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut
yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20
keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara
tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.
Ini akan menjadikan kita syirik. Na’uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat
iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu,
warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk
memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi
yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik
yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara
untuk membuktikan kesahihannya.60,000 orang akan mati tanpa iman, apa
maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan
nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik. Kemudian datang
ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat
bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini
adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca,
diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma
setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi
meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik.Kalau ada
yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli,
mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan
terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada
keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka
dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh
kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan
kita edarkan. Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia
telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi
Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat
tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan
beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar
sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun
sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat
tersebut adalah haram.

Wallahu’allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam
mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

* SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

* Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh
paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas,USA pada tahun 1974/75
untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father
Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina
berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias
Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione
Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal
dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

* Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun
1881hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed
Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya
Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal
dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy
(1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin
Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia
1979).

* Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan
Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima
dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya.Peristiwa ini
berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia.Bekas Kadi Daerah Kinta
meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah
gugur syahadah (murtad).

* Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak
Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barangsiapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya
itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”.(Surat Keputusan
Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah,
Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk
dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar
(shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan
niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat
Islam.”.

* Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda
kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan
baginda”.

* Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman
1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad
secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika
sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya.
Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain,
jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan
boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *