TANGANI PENYAKIT CARA RASULULLAH

BERIKUT adalah beberapa lagi panduan Nabi saw mengenai menangani penyakit seperti yang terdapat dalam buku Healing with the Medicine of the Prophet.

Cara makan

Usah menyengetkan badan di satu arah ketika makan kerana ia menghalang makanan daripada memasuki saluran yang betul dan cepat sampai ke perut.

Cara minum

Usah minum air sekali teguk, sebaliknya berhenti sekejap, tarik nafas dan minum lagi. Nabi sendiri minum dengan tiga kali hirupan. Ia bukan saja dapat menghilangkan haus dengan lebih baik, malah air dirasa lebih enak dan menyihatkan organ hati dan perut.

Cara tidur

Cara terbaik tidur ialah memusingkan badan ke kanan agar makanan berada dalam keadaan selesa di dalam perut oleh kerana perut condong ke arah kiri di dalam badan.

Cara melakukan seks

Orang Islam dilarang melakukan seks melalui dubur kerana membahayakan kesihatan lelaki dan wanita. Dubur juga ialah tempat yang kotor dan ia juga perbuatan hina dan merangsang kejahatan.

Kebaikan wangi-wangian

Wangi-wangian ialah santapan untuk jiwa. Ia membantu menenangkan hati. Malaikat menyukainya manakala syaitan membencinya kerana syaitan menggemari bau busuk.

Air

Air hangat mengembangkan perut dan air hangat yang telah menjadi air jarang lebih baik daripada air hangat baru. Air sejuk lebih baik daripada air hangat di dalam tubuh kerana ia membersihkan darah dan membuat kepala rasa ringan. Namun, air terlalu panas dan terlalu sejuk membahayakan saraf dan kebanyakan organ.

Mandi air laut

Ia membantu melegakan banyak penyakit dan penyakit kulit. Minum air laut membahayakan kerana boleh menyebabkan cirit-birit, melemahkan badan, menyebabkan gatal dan haus.

Selain itu, buku ini juga memberi panduan berikut:

Empat perkara yang menguatkan tubuh – memakai pakaian lembut, mandi sederhana, makan makanan manis (tetapi usah berlebihan) dan mencium haruman.

Empat perkara yang melemahkan tubuh – berlebihan bersetubuh, murung, asyik minum air sedang perut kosong, dan makan terlalu banyak makanan masam.

Empat perkara yang memberi kesenangan – melihat kehijauan, air yang mengalir, orang-orang tercinta dan buah-buahan.

Empat perkara yang merosakkan muka – berbohong, biadap, terlalu banyak bertanyakan soalan tidak berguna dan bermaksiat.

Empat perkara membawa marah dan kebencian – sombong, dengki, berbohong dan menyebarkan fitnah.

sumber dari http://cyberita.asia1.com.sg/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *