Hal Duit Buat Kawin

Dari seorang teman……sekadar hiburan….. Khas untok orang2 bujang…

Ok..sekarang nie ramai yang ada hajat nak kahwin ataupun ramai yang blum ader plan nak kahwin . Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer senang…banyak persiapan yang perlu di aderkan….ia memerlukan satu perancangan yang cukup teliti bagi dua-dua blah pihak. Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal dorang punyer "plan" nak kahwin.

Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bertekak and taklah jadi kahwin. So ader orang yang tak jadi kahwin pasal niat nak kahwin.

Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah…untuk mereka yang tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di maner sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan
bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan pasal majlis daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah. Bukan apa takut dapat feedback yang bukan-bukan. Mulut orang biasalah mana boleh diam; ada ajer nak komen.

Okay; aku dah buat survey mengenai total cost anggaran untuk mengadakan sebuah majlis kahwin. Berikut aderlah sedikit sebanyak panduan-panduan yang aku dah terima. Supaya menjadi pedoman untuk aku dan mereka yang ingin berkahwin; dan yang gatal nak kahwin lagi.

1. Kadi
At least 6 mths before the proposed nikah date korang mesti kener pegi register kat ROMM, and biler korang pegi register korang mestilah dah tahu mas kahwin yang akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Lepas register korang bolehlah book kadhi. Sorang je book….jangan dua-dua pegi book plak. Kos kadi : $80 + +

2. Kursus rumahtangger
Kener pergi kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at ROMM they never ask for the sijil kursus…whatever it is kan baik kalau korang pergi attend the kursus. Walaupun kiter dah terer dalam bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yang telah kiter ketahui. Kos kursus : around $80 for the whole session (kalau kursus pecahkan tangger; free takyah bayar)

3. Mak Andam
Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak-nak owang pompan…..pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amik mak andam buat aper sey. Kalau ada peluang lelaki pilih mak andam mesti dorang amik yang jembu punyer. At least six months mesti nak book…later than that u might have a problem finding one…..kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe ataupun mak andam separuh masak (mak nyah ler….) Kos : $1200 (tengok baju aper…kalau ader baju superman atau otromen mungkin lagi mahal)

4. Photographer
Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah glamer….nak amik kat studio, nak amik kat outdoor. Gambar bogel je belom ader owang try. Kos : $800

5. Kompang / Hadrah
Unless korang nak pakai loktang dung-dung-ceng takyah panggil kompang. Lagi senang time hari Thaipusam berarak tu; korang join sekali laki bini. Free pun free; dapat jalan atas api lagi. Kalau nak panggil yang real kompang punyer at least 3 mths notice. Kos : $300 (yang ader harga lebih pasal dorang pakai kompang karen)

6. Dekorasi blok dan pelamin.
Sekarang sudah canggih…kolong blok dorang transform jadi macam istana Taj Mahal….kalau tak pun jadi macam upacara cina mampos….tinggal nak letak meja mahjong dengan kerander je kat tengah-tengah. Kalau yang loaded tu; buat kat hotel ler. Tapi aku rekomen korang buat kat Hotel 81 atau 88.Boleh dapat best price. Kos :$1000 (untuk bawah blok aje)

7. Tukang Masak dan Khemah/Kosi Meja
Tukang masak mesti ader….kalau takder camner owang nak makan. Skarang nie banyak yang buat buffet aje. Lain lah kalau korang buat majlis kat Komalas. Murah memang murah tapi lepas tu satu majlis bau tairu. Kos : $7000 (tengok kepaler yang dijemput)

8. Kereter
Unless korang nak pegi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter. Kalau nak sewa, kenerlah sewa yang special punyer…Merc ke, Jaguar ke, BMW ke. Kira yang glamer punyer kereter lah. Hah kalau nak sep duit; pakai ajer kereter lembu. Yang laki tukang steering; yang bini tukang sebat bontot lembu. Kan lebih romentik. Kos: $300

9. DJ/Karaoke
Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader pulak yang amik band industan koosh-koosh hota hey. At least 6 months nak kener book. Aku cadangkan korang panggil aje band cina mampos atau tamil nadu. Baru lah macam "live concert". Kos : $850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat
Kira door gift lah. Yang biaser telur rebus kita dapat…tapi sekarang dah maju…dorang lagi kreatif…ader yang kasi tuala, sabun buku,cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yasin, kek, etc. Orang tua lain;budak-budak lain berkat. Aku cadangkan korang kasi satu orang satu pen Kilometrico sudah. Kat johor ada banyak! Kos : $3000++ (tengok beraper kepaler yang
dijemput)

11. Miscellaneous
Perkara perkara remeh-temeh owang selalu overlook…perkara-perkara kecik ginilah yang selalu membuat kocek kiter tebakar. Benda-benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kuih rewang, Sabun Pencuci, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, Pisau rewang, barang barang hantaran, cadar, kelambu,langsir, carpet, PUB bill, lauk pauk sebelum dan sesudah majlis,plastik buat bungkusan, kad jemputan, etc. Kos : $2500 ++

TOTAL ESTIMATED COST YANG KORANG KENER KLUARKAN IALAH :
$17,110…

Whau! Belom termasok hantaran lagi….korang pandai-pandailah campur sendiri. Dari itu saper-saper yang dah siap nak kahwin…….SELAMAT PENGANTIN BARU!

Haiii…camni lagi spuluh tahun pun blum tau aku bleh kawin. Nak kumpul seribu dah payao; ini lagi 17 ribu. Abih hantaran lagi. Jumper cheti dengan tai long pun blum tau boleh cukup. Limit-limit lepas tu mati katak pasal tak bleh bayar hutang. Haiii nasiblah………….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *