Majalah Bertajuk “Jurnal Hitam”

Entah apa sahaja Berita Harian Singapura sibuk-sibuk hebohkan mengenai majalah seks bahasa Melayu yang diedar melalui e-mel. Kalau tahu diam-diam sahaja.. kang sekarang semua pembaca BH pasti akan cari benda itu di dalam internet. Bukan susah nak cari… guna search engine… sekejap je keluar “www.jurnalhitam.com“.


jurnalhitam2.jpg

Artikal dari cyberita.asia1.com.sg

MAJALAH SEKS BAHASA MELAYU DIEDAR MELALUI E-MEL
Oleh
Hisham Hambari

SEBUAH majalah berbahasa Melayu yang penuh dengan cerita seks dan dihiasi gambar-gambar lucah sedang diedar melalui e-mel di sini.

Majalah 40 halaman itu turut memuatkan pengalaman seks pembaca dengan memaparkan secara terperinci adegan-adegan seks memberahikan.

Majalah bertajuk Jurnal Hitam itu juga mempungai ruang fantasi seks, komen pembaca dan tip berkaitan seks, seperti cara meningkatkan kehebatan aksi seks.

Namun, ia tidak menggunakan tatabahasa yang betul dan lebih cenderung menggunakan bahasa pasar serta ejaan ringkas ala Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Siasatan Berita Harian mendapati majalah itu mula diedarkan Mei lalu dan diterbitkan sekerap seminggu sekali.

Ia tidak dicetak atau didapati di laman web majalah itu tetapi melalui kiriman e-mel dalam format PDF yang mudah dibaca atau dicetak.

Menurut laman majalah itu, pelanggan perlu mendaftar secara dalam talian sebelum dapat melangganinya.

Namun, BH mendapati ada pembaca menerimanya tanpa pesanan atau izin mereka.

Majalah berwarna-warni itu dipercayai juga sedang diedar secara percuma sekarang, dengan ungkapan ‘edisi promosi’ tertera pada muka depannya.

Tiada alamat rasmi, nombor telefon atau nama kakitangan tertera, namun majalah itu dipercayai diterbitkan di Malaysia.

Di ruang forum edisi 4 Jun lalu, majalah itu menerangkan ia tidak dicetak dan diedar hanya melalui e-mel.

‘Kalau kita ingin cetak, nak kena ada permit,’ katanya.

Mengulas mengenai kemunculan majalah itu, Anggota Kumpulan Penasihat Ibu Bapa bagi Internet (Pagi), Cik Mariam Alias, berkata ibu bapa tidak harus terkejut bagaimana teknologi mampu mengedar bahan-bahan lucah hari ini.

‘Ibu bapa perlu sama-sama membaca kandungan e-mel anak mereka yang berumur dibawah 16 tahun agar bimbingan dapat diberi,’ ujarnya.

Di bawah undang-undang, adalah satu kesalahan untuk menyimpan bahan lucah dalam komputer atau menghantarnya melalui e-mel atau sistem mengongsi fail.

Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA) melarang sesiapa daripada mengimport, mengedar atau menghasilkan semula bahan lucah.

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda sehingga $10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *