Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007

Entah kenapa Suria/Ria/Warna tidak menyiarkan rancangan APM yang ke 7 ini secara siaran langsung. Mungkin penjualan tiket yang tidak memberangsangkan membuat pihak APM memutuskan untuk menyiarkannya pada minggu hadapan (15hb Jun 2007).

APM kali ini tidak seceria pada tahun-tahun yang sudah kerana ketiadaan Adi Rahman sebagai pengacara yang selalu menyakat Siti Nurhaliza. Beliau hanya hadir untuk menyumbangkan sebuah puisi di acara Anugerah Cinta yang baru diperkenalkan. Mungkin Adi Rahman merajuk untuk tidak mengacara APM kali ini setelah Siti Nurhaliza berkahwin dengan Dato K? Lawak jenaka juga jarang dilakonkan oleh hos kali ini, Suhaimi Yusof, DJ Fiza O, Aznil Nawawi dan DJ Fika. Mungkin tiada keserasian atau tiada cerita sensasi dari dunia hiburan Malaysia selepas rahsia Dato’ Siti Nurhaliza terbongkah.

Walaupun Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan berbanding dengan Indonesia (274 pencalonan) dan Singapura (102 pencalonan), mereka mampu menggondol 4 dari 8 kategori “Terbaik” (termasuk anugerah kepada anak watan Singapura, M.Nasir). Indonesia memungut tiga anugerah “Terbaik” dan Singapura boleh berbangga dengan sebuah anugerah “Terbaik” yang dimenangi oleh Imran Ajmain.

Kesemua empat anugerah “Popular” yang diundi oleh peminat-peminat dimenangi oleh artis Malaysia dengan Raja SMS Mawi merangkul dua anugerah sementara Siti Nurhaliza dan Sofaz masing-masing memenangi sebuah anugerah.

Untuk katergori “Singapura”, Taufik Batisah membolot sebuah anugerah “Terbaik”, dua anugerah “Popular” dan dua anugerah untuk pencipta lagu “Usah Lepaskan”. Imran Ajmain menerima tiga anugerah “Singapura” dengan dua anugerah untuk pencipta lirik lagu “Usah Lepaskan” dan sebuah anugerah “Terbaik”.

Kris Dayanti, Gita Gutawa dan Acha Septriasa sungguh cute…


Persembahan pembukaan dipersembahkan oleh Mawar Berduri dengan lagu “Sayang-Sayang” bersama Altimet dan penari-penari Sriwarna. Apa kena dengan Mawar Berduri? Suka sangat jadi minah Jawa.

Pemberian anugerah untuk 14 katergori yang dipertandingkan dimulakan dengan “Sifu” M.Nasir dan “Diva” Kris Dayanti mengumumkan pemenang Artis Baru Lelaki Terbaik dan Artis Baru Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Imran Ajmain dan Noryn Aziz. Cantik Kris Dayanti dengan rambut pendeknya.

Kumpulan Letto menghiburkan penonton dengan lagu “Sandaran Hati” dan “Ruang Rindu”. APM 2007 semacam sudah menjadi acara muzik Malaysia dengan Aznil Nawawi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia.

Nurul Aini, Ashraf Sinclair dan Zizi (DJ Era) mengumumkan anugerah “Duo/Kumpulan Baru Terbaik” yang dimenangi oleh kumpulan Letto. Taufik Batisah mendendangkan lagu “Usah Lepaskan” diselang selikan oleh lagu Syed Azmir, “Lagu Tidurku”. Irwansyah bersama-sama Taufik dan Azmir menyampaikan lagu “Pencinta Wanita”.

Riz (DJ Warna), Fauzi Laili dan Sazzy Falak pula menyampaikan anugerah “Lagu Paling Popular” yang dimenangi oleh lagu “Kian”. APM 2007 sungguh bermurah hati dengan memberi anugerah untuk pengubah lagu dan penulis liriknya sekali. Anugerah “Kumpulan Paling Popular” dimenangi oleh kumpulan Sofaz.

Malaysian Idol Jaclyn Victor mendendangkan lagu “Cinta Tiada Akhirnya” dan dikuti oleh penyanyi R&B/Jazz, Noryn Aziz dengan lagu “Lara”. Boringnya lagu Noryn ni….

Gita Gutawa menghiburkan dengan lagu “Bukan Permainan” sambil bermain gitar merah jambunya. Aluna Sagita Gutawa anak kepada Erwin Gutawa yang lahir pada 11 Ogos 1993, ini mempunyai potensi untuk menjadi “Diva” yang akan datang.

Kumpulan Estranged kemudian menyampai lagu “Itu Kamu”. Kumpulan Letto dan Nity (DJ Ria) menyampaikan anugerah “Artis Lelaki Paling Popular” yang dimenangi oleh Asmawi. Nana (DJ Era) dan Ajai pula menyampakilan anugerah “Artis Wanita Paling Popular” yang dimenangi oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Apa kena Dato’ Khalid tu nak cium-cium Dato’ Siti di depan TV?


Kumpulan Malex pula menghangatkan suasana APM dengan lagu “Mengapa”. ROCK Terus Hidup! Teringat aku pada kumpulan Candy dari Malaysia yang terdiri dari 4 wanita yang berambut panjang. Hmm.. bagaimana kumpulan Malex ni boleh menyimpan rambut panjang-panjang? Pinjam rambut Ella dan Kris Dayanti ke?

Anugerah “Duo/Kumpulan Terbaik” dan “Artis Lelaki Terbaik” disampaikan oleh Jaclyn Victor, Hafiz Glamor (DJ Ria) dan Nur Fazura Sharifuddin yang dimenangi oleh Dewa 19 dan M.Nasir.


Adi Rahman menyampaikan sebuah puisi sebelum Hady Mirza membawakan lagu Hijau bersama Zainal Abidin. Tahniah Hady kerana membawakan lagu ini dengan baiknya. Faham ke lirik Iban tu Hady? Zainal Abidin cool je…

Penerbit eksekutif APM, Cik Zakiah Halim menyampaikan “Anugerah Cinta APM” kepada Zainal Abidin. Tahniah Zainal! Nampak tua sikit lor, dah 48 tahun… Cik Zakiah Halim kemudian menyampaikan “Anugerah Khas APM” kepada pemenang pertama “Asia Bagus” Kris Dayanti.

Kris Dayanti menyampaikan lagu “I’m Sorry, Goodbye”. Ada Apa Dengan Lagu Ni KD? Sedih bangat… Acha Septriasa dan Irwansyah mempersembahkan lagu terbaru mereka “Ada Cinta” dan lagu hit mereka “Heart”.


Medley dari Gita Gutawa, Siti Nurhaliza dan Taufik Batisah. Gita Gutawa terlupa lirik dan terbuat lagu Biarlah Rahsia menjadi versi Indonesia.

Lagu-lagu medley:
Gita Gutawa & Siti Nurhaliza – Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
Taufik Batisah – Cinta Terakhir (Ari Lasso)
Siti Nurhaliza – Demi Waktu (Ungu)
Gita Gutawa & Siti Nurhaliza – Kenangan Terindah (Samsons)
Taufik Batisah – Hapus Aku (Nidji)
Taufik Batisah, Gita Gutawa & Siti Nurhaliza – Juwitaku Citra Terindah(M.Nasir)

Kudsia Kahar dan AB Sheik mengampaikan anugerah “Lagu Terbaik” yang dimenangi oleh lagu “Biarlah Rahsia”. Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza! Makin tembam Mak Iti sekarang ni, nak menari pun susah. Mengandung ke atau the making of next Dato’ Sharifah Aini?

Anugerah “Artis Wanita Terbaik” disampaikan oleh Najip Ali dan Dato’ Tom Abang Saufi yang dimenangi oleh Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi. Nasib baiklah Dato’ Siti tiada dibawah bersama DK, kalau tidak tiga kalilah Dato’ Khalid cium MI! Anugerah “Album Terbaik” diberi kepada album “Naluri Lelaki” dari kumpulan Samsons.


Diddy, Yanie, Hady Mirza dan Kris Dayanti mendendangkan lagu “Saling Terpesona” untuk persembahan terakhir. Boleh tahan juga lagu ini. Yanie nampak sungguh ceria dan seronok pada malam ini. Hady berisi/letih/sakit?

Liputan ini ditulis mengikut lintas langsung dari saluran Astro yang hanya disiarkan setengah jam selepas acara pembukaan APM 2007 dimulakan. Sila tunggu siaran dari Suria minggu hadapan untuk melihat persembahan Imran Ajmain dan kumpulan Sleeq dan penyampaian anugerah-anugerah katergori Singapura.

Gambar-gambar APM 2007 boleh didapati di sini dan sini dan disini. Video klip sumbangan KasutHitam@YouTube.Com.

Dengar khabar, artis-artis Singapura, Taufik Batisah, Hady Mirza dan Syed Azmir mendapat rating baik dari penonton-penonton Astro di Malaysia. Sayang sekali mereka tidak dapat melihat Imran Ajmain dan kumpulan Sleeq membuat persembahan.

Akhir kata dari Putera Emas : Yang kalah, tidak semestinya bukan yang terbaik!

Pemenang-pemenang APM 2007

Artis Lelaki Baru Terbaik:

  • Imran Ajmain
  • Artis Wanita Baru Terbaik:

  • Noryn Aziz
  • Duo/Kumpulan Baru Terbaik:

  • Letto – Truth, Cry & Lie
  • Artis Lelaki Terbaik

  • M Nasir
  • Artis Wanita Terbaik

  • Siti Nurhaliza
  • Duo/Kumpulan Terbaik

  • Dewa 19
  • Lagu Terbaik

  • Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)
  • Album Terbaik

  • Naluri Lelaki – Samsons
  • Artis Lelaki Paling Popular

  • Mawi
  • Artis Wanita Paling Popular

  • Siti Nurhaliza
  • Kumpulan Paling Popular

  • Sofaz
  • Lagu Paling Popular

  • Kian – Mawi
  • Artist Terbaik Singapura

  • Imran Ajmain
  • Album Terbaik Singapura

  • Konspirasi Dunia – Bhumiband
  • Lagu Terbaik Singapura

  • Usah Lepaskan – Taufik Batisah & Imran Ajmain
  • Artis Paling Popular Singapura

  • Taufik Batisah, Hady Mirza dan Sleeq
  • Lagu Paling Popular Singapura

  • Dambaan – Didicazli
  • Usah Lepaskan – Taufik Batisah & Imran Ajmain
  • Merpati – Hady Mirza
  • Anugerah Cinta

  • Hijau – Zainal Abidin
  • Anugerah Khas

  • Kris Dayanti
  • HakCipta@PutraWorks.Com

    [techtags:Anugerah Planet Muzik 2007,Suria,Ria,Warna,Anugerah Cinta APM,Siti Nurhaliza,M.Nasir,Imran Ajmain,Mawi,Sofaz,Taufik Batisah,Kris Dayanti,Gita Gutawa,Acha Septriasa,Mawar Berduri,Sayang-Sayang,Altimet,Hady Mirza,Hijau,Zainal Abidin,Malex,Yanie,Diddy,Saling Terpesona,Biarlah Rahsia,Cinta Terakhir,Demi Waktu,Kenangan Terindah,Hapus Aku,Juwitaku,Noryn Aziz,Letto,Truth Cry & Lie,Dewa 19,Kian,Bhumiband,Konspirasi Dunia,Usah Lepaskan ]

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *