Jangan Pandang Belakang


Jangan Pandang Belakang

5hb April 2007, orang melayu dihebohkan dengan cerita seram arahan Ahmad Idham bertajuk “Jangan Pandang Belakang”. Tahniah Ahmad Idham! Aku tak reti apasal cerita ini mendapat rating yang tinggi dan memperbodohkan orang ramai pergi menontonnya.

1. Jalan cerita ini sungguh membosankan dan dibosankan oleh Pierre Andre!
2. Bagaimana Darma, Rose (tunang Darma) dan Seri (kembar Rose) boleh diganggu oleh hantu padahal hantu itu berada didalam botol?
3. Apa pasal hantu ketuk2 pintu dan main2 talipon, padahal dia boleh masuk dan cakap terus. Kali kedua ketuk pintu sama macam yang pertama. Boring…
4. Hantu yang terbang belakang kereta Darma sungguh tak meyakinkan… macam tiru cerita hantu cina sahaja.
5. Orang nampak hantu, si Darma lembab buat-buat macam takde apa-apa. Boring…
6. Hantu tidak melawan langsung bila tok imam datang. Senang-senang je hantu dimasukkan ke dalam botol dan ke dalam buah jagung.
7. Bila Darma disampuk, tiba-tiba Opah (Rusminah Sidek) menjadi hantu pula. Ada berapa hantu dalam cerita ini?
8. Skrip sungguh membosankan. Siapa tulis? Si lembab tulah. Boring.
9. Setelah hantu ditanam bersama buah jagung, Darma dan Seri pulang ke bandar, tetapi penghabisannya membayangkan ada sesuatu/hantu yang masih mengekori mereka. Hantu Rose atau hantu ayah Darma?
10. Boring… Untung banyak, adalah bahagian kedua tu… “Jangan Pandang Belakang 2”!

Setelah menonton cerita itu, aku rasa cerita ini tidak begitu menyeramkan kecuali ketika kereta Darma (Pierre Andre) rosak dalam perjalanan ke kampungnya.

Al-Fatehah kepada Nazari Omar Baki yang meninggal ketika pembuatan filem ini. Baca selebihnya disini.

Bintang Emas : 1/5

[techtags: Jangan Pandang Belakang, Ahmad Idham, Pierre Andre, Rusminah Sidek, Nazari Omar Baki]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *