Amy Mastura

Amy Mastura Binte Suhaimi menjadi kekasih aku yang kedua selepas Nor Zila Binti Haji Aminuddin (Ella). Dilahirkan di Perak (Malaysia) pada 10 Mei 1971, bintang Amy Mastura mula bersinar ketika usianya 22 tahun setelah beliau memenangi pertandingan akhir Asia Bagus yang ketiga di Jepun pada tahun 1993.

Di bawah syarikat Pony Canyon, beliau merakamkan sebuah album bertajuk Amy Mastura pada tahun 1994. Jawapan Kasih dan Kasih menjadi siulan peminat-peminatnya. Pada tahun 1996 pula, Amy Mastura melahirkan album keduanya Pujaanku dengan lagu Kasih Kita menjadi hit di corong radio.

dsc03979-1-copy.jpg

Selepas album keduanya, minat aku terus beralih kepada kekasihku yang ketiga (you should know who). Aku terus terlepas membeli album-album Puteri (1997), Puteri Impian II (1998), Bintang Hati (2000), Akan Datang (2002), album kompulasi Keunggulan dan album terakhirnya Lebih Baik pada tahun 2005.

Walaupun aku tidak lagi membeli album-albumnya, aku masih mengikuti perkembangannya menerusi filem-filem yang dilakonkannya seperti Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998), Toll Gate Girl (2001), Bintang Hati (2004) dan Cinta 3 Musim (2004) selain drama sitkom Puteri (2006).

Antara lagu-lagu yang aku suka:
1. Bingung
2. Bulan Bintang
3. Cinta
4. Diam-Diam Rindu
5. Diantara Cinta
6. Kasih Kita
7. Kata Mama
8. Sha Na Na
9. Bicara Hati
10. Bintang Hati
11. Gema Rembulan
12. Hati Berlagu
13. Istimewa
14. Jawapan Kasih
15. Kasih Suci
16. Kasih
17. Kelip-kelip
18. Lagu Untukmu
19. Meniti Hari
20. Satu Dalam Sejuta
21. Siapalah Aku
22. Tiada Ragu
23. Warkah Biru

Pernah bertugas sebagai pramugari di MAS dan menjadi VJ MTV Syok. Pada 1996, beliau berduet bersama Tommy Page untuk lagu The Best Part.

Kali terakhir aku melihat Amy Mastura secara lansung semasa beliau menjayakan Singapore Expo pada tahun 2002 dimana aku kesana kerana mahu melihat kekasih ketiga aku, tetapi ditipu oleh pihak penganjur. Baca kisahnya disini.

Infomasi lanjut mengenai Amy Mastura disini. Video-video Amy Mastura.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *