Feminin

Kumpulan Feminin pernah suatu masa dahulu memonopoli industri muzik melayu dengan imej, gaya dan muzik mereka yang tersendiri. Dianggotai oleh lima anak dara Asfarina (As), Ruzilawati (Watie), Andriyaty (Yatie), Intan Zanariah (Deq Nor) dan bekas anggota Nurasykilla (Along) pada tahun 1992, mereka menjadi kumpulan wanita nombor satu terdahulu sebelum kumpulan Res2, Freshies dan Elite. 4U2C dan Nico adalah antara kumpulan-kumpulan lelaki yang popular pada waktu itu.

Imej dan gaya rap mereka menjadi ikutan dan trend di kalangan remaja-remaja di era 90an. Dengan tubuh badan yang kurus dan tarian seperti cacing kepanasan, mereka menjadi motivasi kepada remaja-remaja yang berbadan besar. Lagu “Untukmu” dan “Kini” menjadi diantara lagu-lagu top di corong-corong radio dan teve pada masa itu.

dsc03977-1-copy.jpg

Mempunyai empat buah album, “Untukmu”, “Kini”, “Rindu” dan album kompilasi “THE GREATEST HITS 1992-1997 – Untuk Mu – Kini” pada tahun 2005. Album ini memuatkan 15 lagu lama dari album-album terdahulu mereka dan sebuah lagu “Untuk Mu – Kini” diubah-suai oleh kumpulan KRU.

Pernah memenangi anugerah “Kumpulan Baru Terbaik” di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993.

Lagu-lagu didalam album “Untuk Mu – Kini”

1. Untuk Mu – Kini feat Nan Saturnmine
2. Kini
3. Rindu
4. Hanya Sekali
5. Kehadiran
6. Selamat Tinggal Cinta
7. Di Mana
8. Kembali 1
9. Ride N Slide
10. Sendiri
11. Pesanan
12. Tetap Bersama
13. Syurga di Dunia
14. Kembali 2
15. Cinta Abadi
16. Untuk Mu

Video “Untuk Mu… Kini”:

Dimanakah anggota kumpulan Feminin sekarang? Mengikut wawancara As di Utusan Malaysia, As sudah menjadi isteri bekas pemain bolasepak kebangsaan Malaysia, Azman Adnan pada 14 Disember 2004. Yatie komited dengan kerjanya sebagai Pengurus Akauntan Air Asia yang beroperasi di Indonesia. Deq Nor dan Watie sudah berkahwin dan sibuk menguruskan keluarga masing-masing.

Lain-lain video :
Irama Hip Hop Rentak Disco 123 Di Mana

Muat turun lagu-lagu Femini disini. Cerita lain dari peminat Feminin disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *