Monthly Archive: February 2007

Pesta Perdana 9 SURIA

download-ad1-display.jpg
Gambar dari laman rasmi Suria.SG

Tahniah Suria kerana menghidupkan semula era Broadway kembali di Pesta Perdana 9. Malangnya persembahan “Tom Jones Singapura” Ismail Haron terbantut disebabkan kerosakan teknikal.

Seperti sudah diduga, Cik Sal Boleh aka Fid aka ERA FARIDA memenangi 2 anugerah iaitu “Personaliti Wanita Paling Popular” dan “Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama”. Tahniah Kak Fid kerana berjaya merampas kembali anugerah “Personaliti Paling Popular” yang dimenangi pada tahun 2001 (PP5)! Semakin cantik Kak Fid.

Agak memeranjatkan anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik Untuk Watak Utama” jatuh kepada Rafaat Haji Hamzah. Tahniah kerana seperti Kak Fid merampas semula anugerah (Pelakon Lelaki Terbaik) yang pernah dimenangi pada tahun 1999 (PP3).

Perlu ke Suria mengadakan anugerah “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu” dan anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu” yang tidak memberi makna kepada penerima yang lebih layak bertanding untuk anugerah “Pelakon Terbaik dalam Watak Utama”? Ia seperti mencacatkan pencapaian pelakon mapan seperti Mastura Ahmad yang memenanginya tahun ini, dimana beliau pernah memenangi anugerah “Pelakon Wanita Terbaik” pada tahun 2002 (PP6) dan pada tahun 2001 (PP5). Sebaiknya anugerah seperti ini wajah digantikan dengan anugerah “Pelakon Veteran Lelaki Terbaik” dan “Pelakon Veteran Wanita Terbaik”.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada Mastura Ahmad dan Suzairhe Sumari kerana memenangi anugerah “Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu” dan “Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu” masing-masing. Suzairhe Sumari pernah memenangi anugerah serupa pada tahun 2003 (PP7). Adakah Suzairhe Sumari hanya sesuai sebagai “Pembantu” sahaja?

Syabas kepada Hyrul Anuar kerana menyampaikan lagu-lagu tema dengan begitu baik sekali. Sekali lagi Pesta Perdana dicacatkan dengan lagu “Sombong” dari Taufik Batisah yang lari dari tema asal broadway!

Akhir sekali, tabik spring kepada Pak Wahid Satay yang bukan sahaja menerima anugerah “Perdana Emas”, tetapi menyampaikan ucapannya dengan berlawak sambil menari-nari diatas pentas.

Cadangan Putera Emas : Pesta Perdana akan lebih meriah lagi jikalau ia mengadakan anugerah-anugerah serantau untuk drama-drama Malaysia dan Indonesia yang diimport oleh Suria, sedikit sebanyak ala-ala Anugerah Planet Muzik.

Pemenang-pemenang Pesta Perdana 9:

1. Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama
Rafaat Hamzah (Dian 3)

2. Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Utama
Era Farida (Dimensi Ke-4)

3. Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Pembantu
Suzairhe Sumari (Cinta Q)

4. Pelakon Wanita Terbaik dalam Watak Pembantu
Mastura Ahmad (Dimensi Ke-4)

5. Pelakon Terbaik dalam Watak Komedi
Ahmad Stokin (Buah Korma Air Zam Zam)

6. Pelakon Harapan Terbaik
Fauzie Laili (Teman, Anugerahku)

7. Pengacara Terbaik
Suhaimi Yusof (Muzika Ekstravaganza 1)

8. Pengacara Baru Terbaik
Shah Iskandar (Singapura LIVE)

9. Bintang Cilik Terbaik
Nur Habriyah Md Nasir (Dian 3)

10. Drama Terbaik
Dian 3

11. Drama Khas Terbaik
Buah Korma Air Zam Zam

12. Rancangan Hiburan Terbaik
Popumentari

13. Rancangan Hiburan Khas Terbaik
Pesta! Pesta! Pesta!

14. Rancangan Informasi Terbaik
Soo…Lazat

15. Rancangan Kanak-Kanak Terbaik
Krayon Sr3

16. Pengarah Terbaik – Drama
M. Nazrin Khairunan (Dian 3)

17. Pengarah Terbaik – Hiburan
Najip Ali, Azni Samdin (Pesta! Pesta! Pesta!)

18. Pengarah Terbaik – Berita/Ehwal Semasa
Othman Bohari (MediaCorp News)

19. Grafik Pembukaan Terbaik
Kilo 123

20. Lagu Tema Terbaik
Cipta Kasih (Cinta Q)
Pencipta Lagu : Mayuni Omar
Pencipta Lirik : Hamed Ismail

21. Rancangan Paling Popular
Anugerah Planet Muzik 2006

22. Personaliti Lelaki Paling Popular
Taufik Batisah

23. Personaliti Wanita Paling Popular
Era Farida

24. Anugerah Perdana Emas
Wahid Satay

Calon-calon Pesta Perdana 9
Pemenang-pemenang Pesta Perdana yang lalu.

Rama-Rama Ella

8hip1a.jpg

Nor Zila Binti Haji Aminuddin tetap Ella yang aku kenal 20 tahun dahulu. Ella masih mengekalkan suara rocknya dan masih lagi Ratu Rock nombor satu melayu.

Minggu lalu, Ella menjadi hot sejenak ketika beliau melancarkan album terbarunya yang bertajuk “Rama-Rama”. Mengandungi 6 lagu baru dan 4 lagu hit lama (dari Dewa, Yusry, Radja dan John Lennon) dirakamkan semula, album ini menggambarkan kebebasan dan kebahagiaan Ella. Lihat promosi album “Rama-Rama” disini.

Lagu-lagu dari album “Rama Rama” :

1. Rama-Rama
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd

2. Dua Sejoli (O.A Dewa 19)
Ahmad Dhani
PT Satu Mitra Saja Publishing

3. Harum Ikhlas
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd

4. Dekat Padamu (O.A Yusry KRU)
Edry Abdul Halim
KRU Publishing

5. Won’t Let You Down
Melissa Endot
Universal Music Publishing

6. Jujur & Ta’kan Melupakanmu (medley) (O.A Radja)
Moldy & Jipeng / Ian Kasefa PT
EMI Indonesia

7. Sekilas Cinta (dialih bahasa dari lagu Epitome dari kumpulan Butterfingers)
Loque & Hilman / Loloq
O.P: Butter Trade Music; S.P EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd / Luncai Emas Sdn Bhd

8. Imagine (O.A John Lennon)
John Lennon
EMI Blackwood Music Inc

9. Percaya Diriku (Soundtrack Gol dan Gincu)
A Lutchounig / Ida Lisa / Zuraini
Biglife Music Ltd

10. Rama-Rama (Radio Edit)
S Fauzan / Azam Dungun
EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd

Pencipta/Penerbit : Mac Chew, Jenny Chin, Bong, Kieran Kuek dan Zuraini.

Dapatkan CD yang original dari EMI Malaysia berharga RM24.90 sahaja.

Lirik Rama-Rama:

Seumpama rama-rama, terbang bebas di udara tanpa ada halangan.
Aman damai suka-suka, riang ria tanpa ada rasa duka sengketa, rama-rama.

Ekspresi dirimu menawan hatiku, ingin aku terbang bersamamu.
Melihat kerenah melihat telatah, manusia yang sering terlaga.

Ekspidisi ini bagai tiada henti, kan menjadi antologi diri.
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi, sanubari yang lebih berani.

Terminal yang pasti satu fitrah hati, kerana yang sejati tiada kekal lagi.
Terbanglah ke sini mencari abadi, terbanglah ke mari mencari hakiki.

Seumpama rama-rama, melewati panorama yang penuh warna warni.
Taman bunga taman damai, dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi, rama-rama.

[odeo=http://odeo.com/audio/8519513/view]

Album-album Ella selama 20 tahun:

Battle of the Bands II (Ella & The Boys 1986)
Ella & The Boys I (1986)
Ella & The Boys II (1987)
Pengemis Cinta (1988)
Puteri Kota (1989)
Sembilu (1989)
Identiti (1990)
Mendung Tak Bererti Hujan (1991)
30110 (1992)
Ella USA (1994)
8494 (1995)
Demi (1996)
Jalan Ke Sisimu (1997)
Standing in the Eyes (1998, an album for the Commonwealth Games)
E (1999)
Baldu Biru (2000 duet with Awie, Lagi Gempaq compilation album)
Ilham Bicara (2001)
Simbiosis (2003)
Ella – A Journey Beyond (2005)
Ratu Rock (2006)
Rama-Rama (2007)

Bila agaknya Ella akan membuat konsert di kota Singapura ini? Kali terakhir aku melihat beliau membuat persembahan adalah tujuh tahun yang lalu di West Mall Bukit Batok.