Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi

Jika ku tak bangun esok pagi, sayang ku kau jagalah diri. Sentiasa ingatkan hati, dirimu amat kucintai.

Andainya dihimpit kesusahan, sujud dan mohon pada tuhan. Agar diberikan bimbingan, meniti hidup bersendirian.

Bila terasa sejuk, pejamkan mata, bayangkan dalam dakapanku.
Bila terasa rindu, pejamkan mata, kita bersua dalam lena.

Kalau ada yang sudi menganti, sayang lepaskanlah ku pergi.
Kerana insan yang seistimewa mu berhak untuk dicinta dalam hidup.

“Sayang… tiada apa yang kekal dalam dunia ini.. namun yang pasti, walau ku tiada nanti, cinta ku akan kekal abadi.”

Bila terasa sejuk, pejamkan mata, bayangkan dalam dakapanku.
Bila terasa rindu, pejamkan mata, kita bersua dalam lena.

Ku berharap kau tak akan lupa, mengirimkan bekalan doa.
Kita jumpa lagi disana nanti, jika ku tak bangun esok pagi….


powered by ODEO

Download here.
Nyanyian Yusry(KRU) dalam filem Cicakman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *