Monthly Archive: July 2006

Million Miles 2

Anugerah Skrin

Tidak ramai yang menyangka Mohammad Shahril Bin Abdul Wahid akan dinobatkan sebagai pemenang. Begitu juga yang tidak menyangka pilihan Dato’ Yusof Haslam, Shah Iskandar Bin Mahfuz akan mendapat undian sms paling sikit pada malam itu.

Nurhuda Binte Mohamed Ali bernasib baik kerana pergaduhan antara Nurul Akhmar Binte Elias dengan Surianny Binte Sulaiman mengenai sepasang kasut membuatnya lebih layak memenangi kategori wanita.

Singapore Idol

Dua belas finalis sudah pun diketahui umum. Selepas ini acara akan semakin bosan dimana satu demi satu peserta akan dikeluarkan pada setiap minggu dan dua peserta akan berentap di peringkat akhir dan akan dinobatkan sebagai Idola Singapura yang kedua.

Diantara finalis-finalis kali ini, Joakim Gomez, Paul Twohill dan Rahimah Rahim mempunyai harapan untuk menjadi Idola Singapura.

One In A Million

Satu lagi konsep baru diperkenalkan didalam mencari peserta yang layak ke peringkat seterusnya. Pertandingan kalah mati dimana sepuluh peserta terbaik pilihan juri diberi kesempatan membuli peserta-peserta lemah.

Oleh kerana terlalu yakin dan mengambil ringan lawannya, Low Sook Yee (Suki) peserta pilihan nombor satu akhirnya tewas kepada Alif dan terpaksa berdoa supaya dihidupkan semula untuk membentuk dua belas finalis OIAM. Seorang peserta akan dipilih oleh Syafinaz Selamat dan Paul Moss. Seorang lagi ditentukan oleh peminat-peminat melalui undian SMS dan web.

Adakah Siti Nursairah Tarudin (adik Siti Nurhaliza) akan dipilih oleh peminat-peminat Siti Nurhaliza dan SNP? Atau adakah Dato’ K akan turut membantu bakal adik iparnya? Atau mungkinkah peminat-peminat Siti Nurhaliza akan memboikot adiknya? Semuanya Biarlah Rahsia buat masa ini.