Tribute to Nor Zila

Sudah 20 tahun aku mengenali Nor Zila Binti Haji Aminuddin, seorang minah rok yang berasal dari Sungai Nibong, Pulau Pinang, dan dibesarkan di Klang, Selangor, Malaysia. Pada 31 Julai ni genaplah usianya 40 (1966), anak ke 7 dari 8 orang adik beradik. Cinta memang tak kenal usia.

Setiap gambar-gambarnya ku tampal didinding, Opp.. maksudku poster-posternya. Zila bukanlah kekasihku… dia adalah Diva Rock Melayu yang lebih dikenali sebagai Ella atau El sahaja. Bermula dengan pertandingan "Battle Of The Band" sekitar tahun 1985-1986 dengan kumpulan "The Boys" membuat "Ella & The Boys" menjadi diantara kumpulan rock terawal yang diminati selepas kumpulan "Search" dan "Wings". "Hanya Secebis Jawapan" dan "Ulat Bulu" adalah dua lagu pertama yang dirakamkan oleh Ella & The Boys.

dsc032841copy.jpg

Selepas Battle Of The Band, Ella & The Boys melahirkan album mereka sendiri dibawah "Waranda Sdn Bhd" dengan judul album "Anak Merdeka" pada tahun 1987. Album itu tidak mendapat sambutan peminat-peminat rock. Ella & The Boys muncul semula dengan album berjudul "Penghargaan Buat…" yang memuatkan lagu hit "Dua Insan Bercinta" ciptaan Loyd dan liriknya ditulis oleh Ayi.

dsc032851copy.jpg

Pada tahun 1988, disebabkan oleh persilihan faham, Ella terpaksa keluar dari The Boys dan menyertai "Warner Music Sdn Bhd" untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi solo. Tempat Ella digantikan oleh Shima. Bersama Warner Music, Ella melahirkan 3 album berjudul "Pengemis Cinta" (1989), "Identiti" (1990) dan "Puteri Kota" (1991). Antara lagu-lagu popular Ella bersama Warner Music ialah "Pengemis Cinta", "Semarak Cinta", "Suara Semalam", "Kasih", "Sepi Sekuntum Mawar Merah", "Cinta Selembut Sutera", "Tiada Tangis Lagi" dan "Cinta Mawar Putih".

bayangan_maut_02.jpg

Pada tahun 1990, Ella mula berjinak-jinak dengan dunia filem melalui filem "Bayangan Maut" arahan Yusof Haslam. Dua tahun kemudian (1992) Ella berlakon pula dalam filem "Pemburu Bayang". Pada tahun 1993, Warner Music melahirkan album kompilasi Ella berjudul "Unggul".

dsc032861copy.jpg

Ella kemudian menyertai "EMI Sdn Bhd" pada tahun 1993. "Dua Insan Bercinta" memuatkan 6 lagu sahaja dengan lagu hit "Kitalah Bintang" dan "Layar Impian", kemudian disusuli dengan album "30110" dengan lagu hit "Kabus & Sinar", "Mat Kental" dan "Sembilu". Pada 1994, Ella bergabung semula dengan The Boys untuk melahirkan album "Dua Insan Bercinta" dibawah "Waranda Sdn Bhd" dan bersama EMI Sdn Bhd untuk album kompilasi "8494". Lagu hit didalam "8494" ialah "Nuri" dan "Kesal".

Pada tahun 1994 pula, Ella melahirkan album "Ella USA" dimana album itu dibuat keseluruhannya di Amerika. Album Ella USA pernah mencipta rekod apabila terjual melebihi 300,000 unit pada 1994.Tahun 1996 pula, Ella melahirkan album "Demi Ella" bersama EMI Sdn Bhd. Antara lagu hit ialah "Gemilang". "Reflexi" pula menyusul pada tahun 1997, sebuah album kompilasi Ella.

dsc032871copy.jpg

"Hanya Kawan" adalah filem terakhir Ella arahan Harith Iskander dimana Ella berlakon disamping Han Issac pada tahun 1997. Dengan bintang undangan SLASH (ahli kumpulan Guns 'N' Roses) bermain gitar untuk lagu "Bayangan", album "El Ella" menemui peminat pada 1998. "Pedih" dan "Cinta Pertama" menjadi lagu kegemaran peminat-peminatnya.

Selepas hampir 5 tahun tidak menghasilkan album baru, album "Simbiosis" mengubat rindu peminat-peminatnya pada tahun 2003 dengan lagu "Simbiosis" meletop di corong-corong radio selain lagu tema "Standing In The Eyes Of The World" dan "Ulek Mayang".

Pada 2005 pula EMI mengeluarkan dua album untuk Ella. Pertama dengan album "Ella A Journey beyond" yang memuatkan 30 lagu-lagu terbaik dari Ella dengan sebuah lagu baru berjudul "Ku Tahu Kau Rindu". Album kedua merupakan album kompilasi juga, berjudul "Ratu Rock" yang memuatkan lagu-lagu baru "Dunia Batinku" ciptaan Loloq (duet bersama Tam Spider), "Kau Tiada Ganti" ciptaan Yasin (duet bersama Waheeda) dan "Perang Cinta" (duet bersama Farah AF2). Tidak lupa juga pada tahun 2005, Ella merakamkan lagu "Teruja" yang bermaksud 'excited' untuk soundtrack filem "Gol & Gincu".

dsc032881copy.jpg

Untuk penghargaan kepada Ella, EMI Music telah mengumpulkan kumpulan-kumpulan KRU, Phlowtron, Ruffedge, Shazzy, Soul ID (Indonesia,), Too Phat dan VE bersama Ella untuk merakamkan semula lagu-lagu Ella dalam versi non-rock didalam album "Urban Strike …With Ella".

m.jpg

Ella yang kini sudah mempunyai jejaka pilihannya sendiri merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini.

Gambar-Gambar Ella

Other Ella's website:
http://www.communityzero.com/raturockella/
http://raturock-ella.tripod.com/
http://www.geocities.com/elladivarock/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *