Review Pilihan Raya 2006

Sudah seminggu lebih keputusan Pilihan Raya Singapura berlalu. Dari keputusan malam itu, PAP mendapat 66.6% undi dan PM menyifatkan ia adalah mandat yang kuat. Hakikatnya PAP kekurangan 8.69% undi dibanding dengan keputusan tahun 2001. Parti Pekerja (WP) pula memperolehi keputusan yang amat membanggakan dengan mendapat 13.30% kelebihan undi. Parti SDA agak sederhana sahaja dengan mendapat 0.96% kelebihan undi, sementara parti SDP pula mengecewakan dengan kekurangan undi sebanyak 4.04%.

Sudah diduga di GRC Aljunied, agak payah hendak menentukan siapa yang akan menang. Hampir-hampir GRC Aljunied jatuh kepada parti WP. Jikalau mereka dapat menawan GRC Aljunied dimana mereka hanya kekurangan 6.1% undi sahaja, sudah tentu ia dapat digambungkan dengan SMC Hougang. Dalam masa 5-10 tahun lagi GRC Aljunied mungkin akan berada di bawah jagaan parti WP.

PAP memenangi kira-kira dua pertiga undi dikebanyakan kawasanan yang ditandingi. Disetiap SMC/GRC, satu dalam tiga orang adalah penyokong parti alternatif. Bayangkan kalau parti alternatif dapat mengumpulkan pengundi-pengundi ini didalam satu GRC, pasti mereka dapat memenangi sebuah GRC!

Jikalau dalam masa 5-10 tahun lagi GRC Aljunied akan berada di bawah jagaan parti WP, sebaliknya pula dengan SMC Potong Pasir. Dengan usia Chiam See Tong yang sudah menjangkau 71 tahun, SDA harus mencari penganti Chiam See Tong untuk terus bersaing dan mengekalkan SMC Potong Pasir. Calon PAP hanya memerlukan 6% undi lagi (kira-kira lagi 2,000 penyokong) untuk menawan SMC Potong Pasir. Amat menyedihkan Sitoh Yih Pin memerlukan orang kuat PAP untuk memancing undi di SMC Potong Pasir. Bilalah agaknya parti PAP akan mencalonkan calon-calon yang terkuat mereka bertanding di SMC Potong Pasir dan Hougang?

Setelah dan masih juga tewas di SMC Potong Pasir dan Hougang, PAP mengaku yang pengundi-pengundi parti alternatif di Hougang dan Potong Pasir adalah pengundi-pengundi yang bijak dan tidak termakan umpan yang dijanjikan oleh calon-calon PAP. Pernahkan pengundi-pengundi yang mengundi calon PAP di SMC Hougang dan Potong Pasir terfikir dari manakah datangnya wang (Potong Pasir – $80,000,000 & Hougang -$100,000,000) yang ditawarkan?

Daripada 1,222,884 orang yang layak mengundi, 97,000 daripadanya tidak mengundi. Kenapa ya?

26,727 pengundi pula merosakkan undi mereka. Sebab-sebab undi rosak:
1. Pengundi dengan sengaja tidak memangkah pada kotak yang disediakan – Pengundi yang tidak memihak kepada kedua-dua parti yang bertanding atau tidak kenal dengan calon-calon yang bertanding.
2. Pengundi dengan sengaja memangkah pada kedua-dua kotak yang disediakan – Pengundi yang kiasu, mahu kedua-dua parti.

Dari sumber-sumber blogger, sambutan orang yang menghadiri ucapan parti WP sungguh menakjubkan sehingga seluruh kawasan stadium penuh sesak dengan manusia. Tapi kenapa pada hari pembuangan undi lain jadinya? Mungkin ada yang belum berani untuk mengundi parti alternatif.

Isu-isu yang sepatutnya parti alternatif ketengahkan tidak disampaikan dan parti PAP hilang tumpuan dengan tertumpu pada isu James Gomez membuat kempen pilihan raya kali ini sungguh membosankan. Tidak seperti kempen-kempen sebelum tahun 2001 dimana setiap isu yang parti alternatif utarakan, pasti akan dijawap kembali.

Mengenai isu gaji menteri yang diutarakan oleh parti SDP, dari lelaman James Gomez ada menerangkan putara gaji yang diterima menteri-menteri untuk setahun.

Dengan kita berada di zaman technologi, amat mengecewakan Jabatan Pilihan Raya menghadkan penggunaan internet untuk berkempen. Dengan ini juga ia menghadkan maklumat untuk pengundi memilih calon parti yang terbaik. Diharap dimasa hadapan ia dibolehkan supaya semua orang (pengundi-pengundi diluar negera dan yang tak terdaya ke tempat berkempen termasuk orang tua) dapat mendengar ucapan calon parti-parti yang bertanding dan isu-isu yang diketengahkan.

Diharapkan dilain kali setiap calon yang menang diberi masa yang sama untuk memberi ucapan. Agak berat sebelah bila PM menang, dia diberi masa yang amat panjang untuk berucap.

Tahniah kerana pilihan raya kali ini berjalan dengan lancarnya dengan hari pengundian ditetapkan pada hari sabtu dan penyokong-penyokong parti diasingkan di kawasan yang berlainan untuk mengelakkan tercetusnya pergaduhan.

Terakhir, terbukti sudah James Gomez tidak bersalah dan dia dibebaskan dengan amaran keras. Pada tahun 2001, dia membuat kesilapan dengan tidak membawa ICnya di penamaan calon dan semasa mengambil ICnya, dia tertinggal borang calonnya pula sehingga parti WP tidak dapat bertanding di GRC Aljunied. Dia mungkin seorang yang pelupa tapi bukan seorang pembohong. Kalau seorang pembohong sudah tentu dia dihukum.

Review ini sahaja dibuat selepas keputusan James Gomez.

Gambar-gambar Pilihana Raya 2006

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *