Monthly Archive: May 2006

Tribute to Nor Zila

Sudah 20 tahun aku mengenali Nor Zila Binti Haji Aminuddin, seorang minah rok yang berasal dari Sungai Nibong, Pulau Pinang, dan dibesarkan di Klang, Selangor, Malaysia. Pada 31 Julai ni genaplah usianya 40 (1966), anak ke 7 dari 8 orang adik beradik. Cinta memang tak kenal usia.

Setiap gambar-gambarnya ku tampal didinding, Opp.. maksudku poster-posternya. Zila bukanlah kekasihku… dia adalah Diva Rock Melayu yang lebih dikenali sebagai Ella atau El sahaja. Bermula dengan pertandingan "Battle Of The Band" sekitar tahun 1985-1986 dengan kumpulan "The Boys" membuat "Ella & The Boys" menjadi diantara kumpulan rock terawal yang diminati selepas kumpulan "Search" dan "Wings". "Hanya Secebis Jawapan" dan "Ulat Bulu" adalah dua lagu pertama yang dirakamkan oleh Ella & The Boys.

dsc032841copy.jpg

Selepas Battle Of The Band, Ella & The Boys melahirkan album mereka sendiri dibawah "Waranda Sdn Bhd" dengan judul album "Anak Merdeka" pada tahun 1987. Album itu tidak mendapat sambutan peminat-peminat rock. Ella & The Boys muncul semula dengan album berjudul "Penghargaan Buat…" yang memuatkan lagu hit "Dua Insan Bercinta" ciptaan Loyd dan liriknya ditulis oleh Ayi.

dsc032851copy.jpg

Pada tahun 1988, disebabkan oleh persilihan faham, Ella terpaksa keluar dari The Boys dan menyertai "Warner Music Sdn Bhd" untuk meneruskan kariernya sebagai penyanyi solo. Tempat Ella digantikan oleh Shima. Bersama Warner Music, Ella melahirkan 3 album berjudul "Pengemis Cinta" (1989), "Identiti" (1990) dan "Puteri Kota" (1991). Antara lagu-lagu popular Ella bersama Warner Music ialah "Pengemis Cinta", "Semarak Cinta", "Suara Semalam", "Kasih", "Sepi Sekuntum Mawar Merah", "Cinta Selembut Sutera", "Tiada Tangis Lagi" dan "Cinta Mawar Putih".

bayangan_maut_02.jpg

Pada tahun 1990, Ella mula berjinak-jinak dengan dunia filem melalui filem "Bayangan Maut" arahan Yusof Haslam. Dua tahun kemudian (1992) Ella berlakon pula dalam filem "Pemburu Bayang". Pada tahun 1993, Warner Music melahirkan album kompilasi Ella berjudul "Unggul".

dsc032861copy.jpg

Ella kemudian menyertai "EMI Sdn Bhd" pada tahun 1993. "Dua Insan Bercinta" memuatkan 6 lagu sahaja dengan lagu hit "Kitalah Bintang" dan "Layar Impian", kemudian disusuli dengan album "30110" dengan lagu hit "Kabus & Sinar", "Mat Kental" dan "Sembilu". Pada 1994, Ella bergabung semula dengan The Boys untuk melahirkan album "Dua Insan Bercinta" dibawah "Waranda Sdn Bhd" dan bersama EMI Sdn Bhd untuk album kompilasi "8494". Lagu hit didalam "8494" ialah "Nuri" dan "Kesal".

Pada tahun 1994 pula, Ella melahirkan album "Ella USA" dimana album itu dibuat keseluruhannya di Amerika. Album Ella USA pernah mencipta rekod apabila terjual melebihi 300,000 unit pada 1994.Tahun 1996 pula, Ella melahirkan album "Demi Ella" bersama EMI Sdn Bhd. Antara lagu hit ialah "Gemilang". "Reflexi" pula menyusul pada tahun 1997, sebuah album kompilasi Ella.

dsc032871copy.jpg

"Hanya Kawan" adalah filem terakhir Ella arahan Harith Iskander dimana Ella berlakon disamping Han Issac pada tahun 1997. Dengan bintang undangan SLASH (ahli kumpulan Guns 'N' Roses) bermain gitar untuk lagu "Bayangan", album "El Ella" menemui peminat pada 1998. "Pedih" dan "Cinta Pertama" menjadi lagu kegemaran peminat-peminatnya.

Selepas hampir 5 tahun tidak menghasilkan album baru, album "Simbiosis" mengubat rindu peminat-peminatnya pada tahun 2003 dengan lagu "Simbiosis" meletop di corong-corong radio selain lagu tema "Standing In The Eyes Of The World" dan "Ulek Mayang".

Pada 2005 pula EMI mengeluarkan dua album untuk Ella. Pertama dengan album "Ella A Journey beyond" yang memuatkan 30 lagu-lagu terbaik dari Ella dengan sebuah lagu baru berjudul "Ku Tahu Kau Rindu". Album kedua merupakan album kompilasi juga, berjudul "Ratu Rock" yang memuatkan lagu-lagu baru "Dunia Batinku" ciptaan Loloq (duet bersama Tam Spider), "Kau Tiada Ganti" ciptaan Yasin (duet bersama Waheeda) dan "Perang Cinta" (duet bersama Farah AF2). Tidak lupa juga pada tahun 2005, Ella merakamkan lagu "Teruja" yang bermaksud 'excited' untuk soundtrack filem "Gol & Gincu".

dsc032881copy.jpg

Untuk penghargaan kepada Ella, EMI Music telah mengumpulkan kumpulan-kumpulan KRU, Phlowtron, Ruffedge, Shazzy, Soul ID (Indonesia,), Too Phat dan VE bersama Ella untuk merakamkan semula lagu-lagu Ella dalam versi non-rock didalam album "Urban Strike …With Ella".

m.jpg

Ella yang kini sudah mempunyai jejaka pilihannya sendiri merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini.

Gambar-Gambar Ella

Other Ella's website:
http://www.communityzero.com/raturockella/
http://raturock-ella.tripod.com/
http://www.geocities.com/elladivarock/

Review Pilihan Raya 2006

Sudah seminggu lebih keputusan Pilihan Raya Singapura berlalu. Dari keputusan malam itu, PAP mendapat 66.6% undi dan PM menyifatkan ia adalah mandat yang kuat. Hakikatnya PAP kekurangan 8.69% undi dibanding dengan keputusan tahun 2001. Parti Pekerja (WP) pula memperolehi keputusan yang amat membanggakan dengan mendapat 13.30% kelebihan undi. Parti SDA agak sederhana sahaja dengan mendapat 0.96% kelebihan undi, sementara parti SDP pula mengecewakan dengan kekurangan undi sebanyak 4.04%.

Sudah diduga di GRC Aljunied, agak payah hendak menentukan siapa yang akan menang. Hampir-hampir GRC Aljunied jatuh kepada parti WP. Jikalau mereka dapat menawan GRC Aljunied dimana mereka hanya kekurangan 6.1% undi sahaja, sudah tentu ia dapat digambungkan dengan SMC Hougang. Dalam masa 5-10 tahun lagi GRC Aljunied mungkin akan berada di bawah jagaan parti WP.

PAP memenangi kira-kira dua pertiga undi dikebanyakan kawasanan yang ditandingi. Disetiap SMC/GRC, satu dalam tiga orang adalah penyokong parti alternatif. Bayangkan kalau parti alternatif dapat mengumpulkan pengundi-pengundi ini didalam satu GRC, pasti mereka dapat memenangi sebuah GRC!

Jikalau dalam masa 5-10 tahun lagi GRC Aljunied akan berada di bawah jagaan parti WP, sebaliknya pula dengan SMC Potong Pasir. Dengan usia Chiam See Tong yang sudah menjangkau 71 tahun, SDA harus mencari penganti Chiam See Tong untuk terus bersaing dan mengekalkan SMC Potong Pasir. Calon PAP hanya memerlukan 6% undi lagi (kira-kira lagi 2,000 penyokong) untuk menawan SMC Potong Pasir. Amat menyedihkan Sitoh Yih Pin memerlukan orang kuat PAP untuk memancing undi di SMC Potong Pasir. Bilalah agaknya parti PAP akan mencalonkan calon-calon yang terkuat mereka bertanding di SMC Potong Pasir dan Hougang?

Setelah dan masih juga tewas di SMC Potong Pasir dan Hougang, PAP mengaku yang pengundi-pengundi parti alternatif di Hougang dan Potong Pasir adalah pengundi-pengundi yang bijak dan tidak termakan umpan yang dijanjikan oleh calon-calon PAP. Pernahkan pengundi-pengundi yang mengundi calon PAP di SMC Hougang dan Potong Pasir terfikir dari manakah datangnya wang (Potong Pasir – $80,000,000 & Hougang -$100,000,000) yang ditawarkan?

Daripada 1,222,884 orang yang layak mengundi, 97,000 daripadanya tidak mengundi. Kenapa ya?

26,727 pengundi pula merosakkan undi mereka. Sebab-sebab undi rosak:
1. Pengundi dengan sengaja tidak memangkah pada kotak yang disediakan – Pengundi yang tidak memihak kepada kedua-dua parti yang bertanding atau tidak kenal dengan calon-calon yang bertanding.
2. Pengundi dengan sengaja memangkah pada kedua-dua kotak yang disediakan – Pengundi yang kiasu, mahu kedua-dua parti.

Dari sumber-sumber blogger, sambutan orang yang menghadiri ucapan parti WP sungguh menakjubkan sehingga seluruh kawasan stadium penuh sesak dengan manusia. Tapi kenapa pada hari pembuangan undi lain jadinya? Mungkin ada yang belum berani untuk mengundi parti alternatif.

Isu-isu yang sepatutnya parti alternatif ketengahkan tidak disampaikan dan parti PAP hilang tumpuan dengan tertumpu pada isu James Gomez membuat kempen pilihan raya kali ini sungguh membosankan. Tidak seperti kempen-kempen sebelum tahun 2001 dimana setiap isu yang parti alternatif utarakan, pasti akan dijawap kembali.

Mengenai isu gaji menteri yang diutarakan oleh parti SDP, dari lelaman James Gomez ada menerangkan putara gaji yang diterima menteri-menteri untuk setahun.

Dengan kita berada di zaman technologi, amat mengecewakan Jabatan Pilihan Raya menghadkan penggunaan internet untuk berkempen. Dengan ini juga ia menghadkan maklumat untuk pengundi memilih calon parti yang terbaik. Diharap dimasa hadapan ia dibolehkan supaya semua orang (pengundi-pengundi diluar negera dan yang tak terdaya ke tempat berkempen termasuk orang tua) dapat mendengar ucapan calon parti-parti yang bertanding dan isu-isu yang diketengahkan.

Diharapkan dilain kali setiap calon yang menang diberi masa yang sama untuk memberi ucapan. Agak berat sebelah bila PM menang, dia diberi masa yang amat panjang untuk berucap.

Tahniah kerana pilihan raya kali ini berjalan dengan lancarnya dengan hari pengundian ditetapkan pada hari sabtu dan penyokong-penyokong parti diasingkan di kawasan yang berlainan untuk mengelakkan tercetusnya pergaduhan.

Terakhir, terbukti sudah James Gomez tidak bersalah dan dia dibebaskan dengan amaran keras. Pada tahun 2001, dia membuat kesilapan dengan tidak membawa ICnya di penamaan calon dan semasa mengambil ICnya, dia tertinggal borang calonnya pula sehingga parti WP tidak dapat bertanding di GRC Aljunied. Dia mungkin seorang yang pelupa tapi bukan seorang pembohong. Kalau seorang pembohong sudah tentu dia dihukum.

Review ini sahaja dibuat selepas keputusan James Gomez.

Gambar-gambar Pilihana Raya 2006

It’s On You – Akan Diketahui Kejap Lagi

Tiga hari lagi keputusan Pilihan Raya Umum Singapura yang ke-15 akan diketahui. 37 dari 84 kerusi dimenangi PAP tanpa bertanding, termasuklah kawasanundi aku. Undi kali adalah yang paling sengit antara PAP dan parti alternatif sejak tahun 1988.

Dah dua kali aku tak diperlukan mengundi. Tengoklah blok aku, orang mutah, tak ada pembersih pergi bersihkan. Dah 3 minggu still macam tu, hmm… nanti MP nak datang barulah diaorang bersihkan ke? Tak pernah aku nampak MP aku, nanti kalau dia datang aku nak complain pasal benda tu dan budak2 yang selalu lepak bawah blok aku.

Siapa yang wajib mengundi? Warga Singapura yang berusia 21 tahun keatas. Kesian aku tengok orang-orang tua pergi mengundi.

Bolehkah parti alternatif menang sekurang-kurangnya satu GRC? Agak susah sekali, lagi-lagi kalau SDP bertanding tanpa James Gomez di Aljunied GRC. Lima lawan empat??? Kali ini nama James Gomez paling popular nampaknya.

Kawasanundi hot kali ini masih tertumpu pada Potong Pasir SMC, Hougang SMC dan Chua Chu Kang SMC disamping kawasanundi baru Bukit Panjang SMC. Ling How Doong calon DAP di Bukit Panjang SMC pernah menang di Bukit Gombak SMC. Jadi apa-apa boleh berlaku.

Isu-isu yang menarik perhatian aku kali ini ialah : Chiam See Tong terlalu tua untuk menjadi MP dan Gaji menteri yang dibentangkan oleh SDP. Kenapa kat suratkhabar melayu tidak ditulis berapa gaji yang mereka terima seperti yang dinyatakan oleh SDP di TV?

Isu yang membosankan, pasal lif! Apalah nak heboh-heboh pasal lif. Kan senang pindah sahaja ke rumah baru yang mempunyai lif disetiap tingkat.

Kepada pengundi semua, Selamat Mengundi!

PAP, SDP, WP, Goh Meng Seng (WP), SPP (SDA), NSP (SDA)
Singapore Alternatives